OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Saya mula mengenali Adnan Yusoff pada
tahun 1982 lagi. Walau lewat mendaftar di Tingkatan 6 Rendah saya sempat
mengenali pengawas sekolah ketika itu seperti Nordin Yakzan dan Adnan Yusoff.
Sema di Tingkatan 6 Atas baru lah saya berpindah dari 6RC ke Tingkatan 6 AK.
Ramai rakan sekelas baru ini merupakan kawan lama semasa sama-sama belajar
dalam Kelas Rancangan Khas pertama di Sekolah Menengah Kamil dari tahun
1977-1979. Contohnya Ramlee Ismail, Nor Azina dan Nor adibah.
Adnan Yusoff merupakan antara jejaka tampan
di Kelas Tingkatan 6AK setanding dengan
Ramlee Bojeng. Kali terakhir saya menjejak Adnan Yusoff ialah ketika membuat
rujukan di Perpustakaan Universiti Malaya pada tahun 1988. Pada awal tahun 1988
saya kerap ke Perpustakaan Universiti Malaya untuk mencari rujukan kajian
ilmiah dan buku-buku uantuk menyiapkan tesis Sarjana Muda Sejarah di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Ketika itu saya hanya berjumpa dengan Che Nordin dan Azmi
Md Noor. Che Nordin menceritakan Adnan Yusoff merupakan salah seorang pemimpin
pelajar yang popular di Universiti Malaya ketika itu.
Pertemuan bersejarah dengan Adnan bermula
ketika saya dalam perjalan balik melawat anak saudara Zuhariman di Wad ICU
Hospital Kota Bharu. Dalam perjalanan pulang Adnan menunggu saya di Kedai Roti
Canai di Pasir Tumbuh.Lama menatap di Pahang sehingga kat mana Pasir Tumbuh pun saya tak tahu. Rupanya rumah Adnan berhampiran dengan rumah Abang Ipar
saya Wan Nasharuddin bin Wan Abdulla Ir KADA. Terima kasih kerana sudi menunggu
dan belanja saya dan Ariffin makan roti canai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan