OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Eh Mooi a/l Eh Chit dilahirkan di Kampung
Siam, Pasir Puteh, Kelantan pada 26 Januari 1964.Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh antara tahun
1971-1976. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Semerak dari
tahun 1977 hingga 1981.Setelah lulus SPM dengan pangkat 2, beliau meneruskan
pelajarannya ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh.[1]
Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya
pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor pada tahun 1984-1988.
Semasa di UKM, Encik Eh Mooi pernah menjadi Naib Yang Dipertua Persatuan
Mahasiswa Psikologi Sesi 1986/87. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda
Sastera dengan Kepujian dalam bidang Sejarah, Pada tahun 1988 beliau membuat Diploma Pendidikan di USM. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SBP Lahad datu mulai tahun 1989 hingga 1994. Selepas lima tahun bertugas di Sabah beliau kembali ke Kelantan dan mula bertugas di SMK Laloh di Kuala Krai, Kelantan.Pada tahun 1998 hingga sekarang beliau bertugas di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. .[2]
Eh Mooi merupakan rakan yang duduk semeja berkembar dengan saya semasa belajar
di Tingkatan 6AK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan