Anuar Awang merupakan salah seorang
pelajar kelas 6AK pada tahun 1983 dan ia merupakan ketua kelas tersebut. Beliau
dilahirkan di Kampung Cherang Ruku Semerak Pasir Puteh Kelatan pada 18 Mei
1964. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku dari darjah 1
hingga darjah 6 (1971 – 1976). Beliau kemudianya melanjutkan pelajaran ke
Sekolah Menengah Semerak untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (1977 – 1981). Meneruskan
pengajian ke tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh Kelantan
(1982) dan tingkatan 6 atas (6AK/1983) di sekolah yang sama.[1]
Beliau melanjutkan pelajaran ke
peringkat diploma didalam bidang Pengurusan Hartanah (Diploma In Estate Management)
di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam pada tahun 1985 – 1987 dan diploma
lanjutan Pengurusan Hartanah (Advance Diploma In Estate Management) juga di ITM
Shah Alam pada tahun 1991 – 1993.
Beliau, memulakan tugas pertama sebagai
Penolong Jurunilai Hartanah (Assistant Valuer) di firma Tetuan Raine &
Horne, Zaki + Partners Sdn. Bhd. Kuala Lumpur pada tahun 1988 – 1991. Selepas
menamatkan kursus diploma lanjutan beliau memulakan tugas sebagai Eksekutif
Pembangunan (Development Executive) di firma pemaju hartanah Tetuan Rahika
Holding Kuala Lumpur pada 1983 – 1995. Bermula pada July 1996 beliau berpindah
ke firma perunding pengurusan projek Tetuan Tech Art Project Management
Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Projek (Project Executive) dan
seterusnya dilantik sebagai Pengurus Projek (Project Manager) sehingga
menamatkan tugas beliau pada akhir 2015.
Beliau bersara sepenuhnya bermula pada tahun 2016.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan