Isnin, 5 Februari 2018

PERTEMUAN NOSTALGIA DENGAN SAHABAT LAMA ADNAN TAHUN 2017


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Saya mula mengenali Adnan Yusoff pada tahun 1982 lagi. Walau lewat mendaftar di Tingkatan 6 Rendah saya sempat mengenali pengawas sekolah ketika itu seperti Nordin Yakzan dan Adnan Yusoff. Sema di Tingkatan 6 Atas baru lah saya berpindah dari 6RC ke Tingkatan 6 AK. Ramai rakan sekelas baru ini merupakan kawan lama semasa sama-sama belajar dalam Kelas Rancangan Khas pertama di Sekolah Menengah Kamil dari tahun 1977-1979. Contohnya Ramlee Ismail, Nor Azina dan Nor adibah.

      Adnan Yusoff merupakan antara jejaka tampan di Kelas Tingkatan 6AK setanding  dengan Ramlee Bojeng. Kali terakhir saya menjejak Adnan Yusoff ialah ketika membuat rujukan di Perpustakaan Universiti Malaya pada tahun 1988. Pada awal tahun 1988 saya kerap ke Perpustakaan Universiti Malaya untuk mencari rujukan kajian ilmiah dan buku-buku uantuk menyiapkan tesis Sarjana Muda Sejarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika itu saya hanya berjumpa dengan Che Nordin dan Azmi Md Noor. Che Nordin menceritakan Adnan Yusoff merupakan salah seorang pemimpin pelajar yang popular di Universiti Malaya ketika itu.

      Pertemuan bersejarah dengan Adnan bermula ketika saya dalam perjalan balik melawat anak saudara Zuhariman di Wad ICU Hospital Kota Bharu. Dalam perjalanan pulang Adnan menunggu saya di Kedai Roti Canai di Pasir Tumbuh.Lama menatap di Pahang sehingga kat mana Pasir Tumbuh pun saya tak tahu.  Rupanya rumah Adnan berhampiran dengan rumah Abang Ipar saya Wan Nasharuddin bin Wan Abdulla Ir KADA. Terima kasih kerana sudi menunggu dan belanja saya dan Ariffin makan roti canai.

Ahad, 4 Februari 2018

PUNGUTAN DERMA ADIK BERPENYAKIT USUS DI LUAR BADAN DI JENGKA 9

OLEH-AHMAD YAAKOB

  Antara penderma 
      Pungutan derma adik dari No 159 Felda Jengka 9 telah dicadangkan oleh Saudara Nordin Yakzan pengasas Group X6AK Kamil 1993. Anak Muhammad Shafiq bin Mohamad Refee dan Nurul Syahfika Kamarul Aiani dari Felda Jengka 9 menghadapi  masalah mengidap penyakit usus di luar badan. Pungutan derma ÂK1983 bermula pada pertengahan bulan Januari dengan penderma pertama Encik Mohd Dahan. Pungutan terkini pada 4 Februari ialah RM640.00

Khamis, 26 Oktober 2017

MAKAM DIRAJA KAMPUNG MARHUM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada 26 Ogos saya merasa amat teruja kerana kembali ke Kuala Pahang setelah anak saya mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Malaysia Pahang. Sejak berpindah dari SMK Tengku Abdullah Pekan 1996, buat pertama kali saya menjejak kaki ke Kampung Marhum., Kuala Pahang.Matlamatnya ialah untuk membuat penyelidikan sejarah di Makam Diraja Kampug Marhum.Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang terletak di Pekan, Pahang. Makam Diraja Kampung Marhum ini terletak di tebing kiri muara Sungai Pahang di antara Kuala Pahang dan Kampung Marhum. Makam ini merupakan antara makam bersejarah yang terdapat di daerah Pekan.

      Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja Kampung Marhum telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun 1780-an. Diikuti Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali dalam tahun 1856.[1]

      “Kebanyakan yang dimakamkan di kawasan tersebut terdiri daripada keluarga diraja antaranya Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Sultan Mahmud (Sultan Pahang kedua),Sultan Abdullah (Sultan Pahang ketiga), Bendahara Tun Korish, Bendahara Tun Ali, Tun Fatimah (Tengku Ampuan pertama), dan Sultan Mahmud Muzaffar Lingga-Riau dan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah (Raja Johor kedua).

“Makam tersebut dipercayai digunakan sejak abad ke 19 namun jika melihat kepada kepelbagaian batu nisan yang sebahagiannya terdiri daripada batu nisan Aceh, kewujudannya mungkin lebih awal daripada zaman tersebut. Ini kerana penyebaran batu Aceh dikatakan berlaku antara abad ke-13 hingga ke-19,” katanya.[2]


[1] http://almuazzamshah.blogspot.my/2013/02/sultan-pahang-pertama-disemadikan-di.html
[2] http://m.utusan.com.my/rencana/makam-tinggalan-sejarah-1.66615

KERETA HENRY GURNEY DITEMBAK KOMUNIS.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada 1984 saya menyertai rombongan KAMSIS E, Universiti Kebangsaan Malaysia melawat Muzium Negara, Kuala Lumpur.Ini merupakan kali pertama saya menyerai lawatan KAMSIS E, sejak mula menetap di Kamsis tersebut pada bulan Jun 1984. Sebagai pelajar  sejarah tahun 1 di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, saya mengambil kesempatan untuk melihat dan mengkaji kesan Darurat 1948 sehingga menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Great Britain, Sir Henry Gurney diserang hendap dan ditembak mati pada 5 Oktober 1951.
Pada 5 Oktober 1951, bekas Pesuruhjaya Tinggi Great Britain, Sir Henry Gurney, isteri dan setiausahanya, Encik D.J Staples sedang dalam perjalanan Bukit Fraser untuk menghadiri suatu mesyuarat. Parti Komunis Gerila Malaya telah menyerang hendap Rolls Royce semasa tempoh Darurat Malaya. Sir Henry Gurney terbunuh sewaktu beliau keluar ke arah bedilan itu demi melindungi isteri dan setiausahanya. Walaupun, isteri dan setiausaha beliau terlepas tanpa kecederaan, namun terdapat kesan tembakan sebanyak 35 lubang peluru yang dikira pada Rolls Royce.[1]

      Kereta ini kemudiannya digunakan sebagai kenderaan Kerajaan Negeri oleh Almarhum Raja Tun Uda, Gabenor Pulau Pinang yang pertama pada 1 September 1957. Pada tahun 1967, Kerajaan Negeri memutuskan supaya kereta ini dipamerkan di muzium apabila sebuah kereta ‘Cadillac’ baru dibeli sebagai gantinya.Kereta ini adalah buatan model 1951 dengan RE8812 sebagai nombor enjinnya. Kereta ini berasal dari England dan dihadiahkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) pada  25 April 1979. Kereta ini yang sepatutnya didaftarkan dengan nombor P1.[2]



[1] http://www.penangmuseum.gov.my/museum/ms/museum/blog/rolls-royce
[2] Ibid.

Rabu, 25 Oktober 2017

ANUAR AWANG KETUA TINGKATAN 6AK 1983

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    

       Anuar Awang merupakan salah seorang pelajar kelas 6AK pada tahun 1983 dan ia merupakan ketua kelas tersebut. Beliau dilahirkan di Kampung Cherang Ruku Semerak Pasir Puteh Kelatan pada 18 Mei 1964. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku dari darjah 1 hingga darjah 6 (1971 – 1976). Beliau kemudianya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Semerak untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (1977 – 1981). Meneruskan pengajian ke tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh Kelantan (1982) dan tingkatan 6 atas (6AK/1983) di sekolah yang sama.[1]

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma didalam bidang Pengurusan Hartanah (Diploma In Estate Management) di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam pada tahun 1985 – 1987 dan diploma lanjutan Pengurusan Hartanah (Advance Diploma In Estate Management) juga di ITM Shah Alam pada tahun 1991 – 1993.

      Beliau, memulakan tugas pertama sebagai Penolong Jurunilai Hartanah (Assistant Valuer) di firma Tetuan Raine & Horne, Zaki + Partners Sdn. Bhd. Kuala Lumpur pada tahun 1988 – 1991. Selepas menamatkan kursus diploma lanjutan beliau memulakan tugas sebagai Eksekutif Pembangunan (Development Executive) di firma pemaju hartanah Tetuan Rahika Holding Kuala Lumpur pada 1983 – 1995. Bermula pada July 1996 beliau berpindah ke firma perunding pengurusan projek Tetuan Tech Art Project Management Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Projek (Project Executive) dan seterusnya dilantik sebagai Pengurus Projek (Project Manager) sehingga menamatkan tugas beliau pada akhir 2015.  Beliau bersara sepenuhnya bermula pada tahun 2016.[2]


[1] Temu bual dengan Anuar bin Awang pada 24 Oktober 2017
[2] Ibid.

Selasa, 24 Oktober 2017

EH MOOI EH CHIT RAKAN SEMEJA DI TINGKATAN 6AK 1983.



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Eh Mooi a/l Eh Chit dilahirkan di Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan pada 26 Januari 1964.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh antara tahun 1971-1976. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Semerak dari tahun 1977 hingga 1981.Setelah lulus SPM dengan pangkat 2, beliau meneruskan pelajarannya ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh.[1]

      Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor pada tahun 1984-1988. Semasa di UKM, Encik Eh Mooi pernah menjadi Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Psikologi Sesi 1986/87. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang Sejarah, Pada tahun 1988 beliau membuat Diploma Pendidikan di USM.  Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SBP Lahad datu mulai tahun 1989 hingga 1994. Selepas lima tahun bertugas di Sabah beliau kembali ke Kelantan dan mula bertugas di SMK Laloh di Kuala Krai, Kelantan.Pada tahun 1998 hingga sekarang beliau bertugas di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. .[2] Eh Mooi merupakan rakan yang duduk semeja berkembar dengan saya semasa belajar di Tingkatan 6AK.


[1]Warisan Kelantan XVI ,126
[2]Temu bual dengan Eh Mooi Eh Chit pada 24 Otober 2017