Khamis, 26 Oktober 2017

MAKAM DIRAJA KAMPUNG MARHUM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada 26 Ogos saya merasa amat teruja kerana kembali ke Kuala Pahang setelah anak saya mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Malaysia Pahang. Sejak berpindah dari SMK Tengku Abdullah Pekan 1996, buat pertama kali saya menjejak kaki ke Kampung Marhum., Kuala Pahang.Matlamatnya ialah untuk membuat penyelidikan sejarah di Makam Diraja Kampug Marhum.Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang terletak di Pekan, Pahang. Makam Diraja Kampung Marhum ini terletak di tebing kiri muara Sungai Pahang di antara Kuala Pahang dan Kampung Marhum. Makam ini merupakan antara makam bersejarah yang terdapat di daerah Pekan.

      Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja Kampung Marhum telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun 1780-an. Diikuti Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali dalam tahun 1856.[1]

      “Kebanyakan yang dimakamkan di kawasan tersebut terdiri daripada keluarga diraja antaranya Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Sultan Mahmud (Sultan Pahang kedua),Sultan Abdullah (Sultan Pahang ketiga), Bendahara Tun Korish, Bendahara Tun Ali, Tun Fatimah (Tengku Ampuan pertama), dan Sultan Mahmud Muzaffar Lingga-Riau dan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah (Raja Johor kedua).

“Makam tersebut dipercayai digunakan sejak abad ke 19 namun jika melihat kepada kepelbagaian batu nisan yang sebahagiannya terdiri daripada batu nisan Aceh, kewujudannya mungkin lebih awal daripada zaman tersebut. Ini kerana penyebaran batu Aceh dikatakan berlaku antara abad ke-13 hingga ke-19,” katanya.[2]


[1] http://almuazzamshah.blogspot.my/2013/02/sultan-pahang-pertama-disemadikan-di.html
[2] http://m.utusan.com.my/rencana/makam-tinggalan-sejarah-1.66615

KERETA HENRY GURNEY DITEMBAK KOMUNIS.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada 1984 saya menyertai rombongan KAMSIS E, Universiti Kebangsaan Malaysia melawat Muzium Negara, Kuala Lumpur.Ini merupakan kali pertama saya menyerai lawatan KAMSIS E, sejak mula menetap di Kamsis tersebut pada bulan Jun 1984. Sebagai pelajar  sejarah tahun 1 di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, saya mengambil kesempatan untuk melihat dan mengkaji kesan Darurat 1948 sehingga menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Great Britain, Sir Henry Gurney diserang hendap dan ditembak mati pada 5 Oktober 1951.
Pada 5 Oktober 1951, bekas Pesuruhjaya Tinggi Great Britain, Sir Henry Gurney, isteri dan setiausahanya, Encik D.J Staples sedang dalam perjalanan Bukit Fraser untuk menghadiri suatu mesyuarat. Parti Komunis Gerila Malaya telah menyerang hendap Rolls Royce semasa tempoh Darurat Malaya. Sir Henry Gurney terbunuh sewaktu beliau keluar ke arah bedilan itu demi melindungi isteri dan setiausahanya. Walaupun, isteri dan setiausaha beliau terlepas tanpa kecederaan, namun terdapat kesan tembakan sebanyak 35 lubang peluru yang dikira pada Rolls Royce.[1]

      Kereta ini kemudiannya digunakan sebagai kenderaan Kerajaan Negeri oleh Almarhum Raja Tun Uda, Gabenor Pulau Pinang yang pertama pada 1 September 1957. Pada tahun 1967, Kerajaan Negeri memutuskan supaya kereta ini dipamerkan di muzium apabila sebuah kereta ‘Cadillac’ baru dibeli sebagai gantinya.Kereta ini adalah buatan model 1951 dengan RE8812 sebagai nombor enjinnya. Kereta ini berasal dari England dan dihadiahkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) pada  25 April 1979. Kereta ini yang sepatutnya didaftarkan dengan nombor P1.[2]



[1] http://www.penangmuseum.gov.my/museum/ms/museum/blog/rolls-royce
[2] Ibid.

Rabu, 25 Oktober 2017

ANUAR AWANG KETUA TINGKATAN 6AK 1983

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB    

       Anuar Awang merupakan salah seorang pelajar kelas 6AK pada tahun 1983 dan ia merupakan ketua kelas tersebut. Beliau dilahirkan di Kampung Cherang Ruku Semerak Pasir Puteh Kelatan pada 18 Mei 1964. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku dari darjah 1 hingga darjah 6 (1971 – 1976). Beliau kemudianya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Semerak untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (1977 – 1981). Meneruskan pengajian ke tingkatan 6 rendah di Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh Kelantan (1982) dan tingkatan 6 atas (6AK/1983) di sekolah yang sama.[1]

Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma didalam bidang Pengurusan Hartanah (Diploma In Estate Management) di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam pada tahun 1985 – 1987 dan diploma lanjutan Pengurusan Hartanah (Advance Diploma In Estate Management) juga di ITM Shah Alam pada tahun 1991 – 1993.

      Beliau, memulakan tugas pertama sebagai Penolong Jurunilai Hartanah (Assistant Valuer) di firma Tetuan Raine & Horne, Zaki + Partners Sdn. Bhd. Kuala Lumpur pada tahun 1988 – 1991. Selepas menamatkan kursus diploma lanjutan beliau memulakan tugas sebagai Eksekutif Pembangunan (Development Executive) di firma pemaju hartanah Tetuan Rahika Holding Kuala Lumpur pada 1983 – 1995. Bermula pada July 1996 beliau berpindah ke firma perunding pengurusan projek Tetuan Tech Art Project Management Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Projek (Project Executive) dan seterusnya dilantik sebagai Pengurus Projek (Project Manager) sehingga menamatkan tugas beliau pada akhir 2015.  Beliau bersara sepenuhnya bermula pada tahun 2016.[2]


[1] Temu bual dengan Anuar bin Awang pada 24 Oktober 2017
[2] Ibid.

Selasa, 24 Oktober 2017

EH MOOI EH CHIT RAKAN SEMEJA DI TINGKATAN 6AK 1983.



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Eh Mooi a/l Eh Chit dilahirkan di Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan pada 26 Januari 1964.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Semerak Pasir Puteh antara tahun 1971-1976. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Semerak dari tahun 1977 hingga 1981.Setelah lulus SPM dengan pangkat 2, beliau meneruskan pelajarannya ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kamil, Pasir Puteh.[1]

      Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya pula ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Selangor pada tahun 1984-1988. Semasa di UKM, Encik Eh Mooi pernah menjadi Naib Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Psikologi Sesi 1986/87. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang Sejarah, Pada tahun 1988 beliau membuat Diploma Pendidikan di USM.  Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SBP Lahad datu mulai tahun 1989 hingga 1994. Selepas lima tahun bertugas di Sabah beliau kembali ke Kelantan dan mula bertugas di SMK Laloh di Kuala Krai, Kelantan.Pada tahun 1998 hingga sekarang beliau bertugas di SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan. .[2] Eh Mooi merupakan rakan yang duduk semeja berkembar dengan saya semasa belajar di Tingkatan 6AK.


[1]Warisan Kelantan XVI ,126
[2]Temu bual dengan Eh Mooi Eh Chit pada 24 Otober 2017

Ahad, 22 Oktober 2017

HAJI HARUN BIN YUSOF TOKOH PENDIDIKAN PASIR PUTEH.



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Haji Harun bin Yusof merupakan seorang tokoh pendidikan di Pasir Puteh yang kini menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Haji Harun dilahirkan di Kampung Lembah Semerak pada 29 Februari 1964. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan kampung Sepulau, Semerak dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengak Kebangsaan dari Tingkatan 1 hingga tingkatan 3.[1]


      Tuan Haji Harun kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SMK Kamil dari Tingkatan 4 hingga 6 Atas.Pada tahun 1984 Haji Harun melanjutkan pelajaran ke UKM dengan membuat pengkhususan dalam Bidang Sains Politik. Pada tahun 1988 menlanjutkan pelajaran ke peringkat MA di UKM dan menjadi Tutor.Beliau mula mengajar di SMK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai. Kemudian berpindah ke SMK Cherang Ruku dan menjawat jawatan sebagai Guru Kanan Bahasa dan GPK Kokurikulum.

      Haji Harun kemdian berpindah ke SMK Gaal dan menjawat jawatan sebagai GPK HEM. Kerjaya Haji Harun semakin meningkat apabila menjawat jawatan sebagai GPK Pentadbiran di SMK Tok Janggut.Beliau kemudinnya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan PPD Pasir .Puteh. Seterusnya Haji Harun dilantik menjadi Pengetua di SMK Selising. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Sebagai pekerja cemerlang Haji harun telah dianugerah APC pada tahun 2005, 2009, 2011 dan 2014.Beliau juga mendapat anugerah ASK Kelantan. Kini Tuan Haji Harun menetap di Lot 4076, Jalan Masjid Takwa Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan.[2]


[1] Temu bual dengan haji Harun Yusof pada 22 Oktober 2017.
[2] Ibid

KONVOKESYEN DI UPSI 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 2016 anak saya Nursyafiqah Ahmad menamatkan pengajian di UPSI. Majlis Konvokesyen diadakan pada 20 September 2016. Kami menginap di Kawasan Perumahan Pelajar UPSI dengan bayaran sewa RM50.00 sehari. Berikut gambar kenangan semasa Pesta Konvo UPSI.
Prof  Dr Ramlee sudi hadir bersama di Majlis Konvo tersebut.



MERENTAS DESA TAHUN 1983



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Merentas desa  merupakan acara tahunan di SMK Kamil. Kebiasaannya laluan merentas desa bermula di Padang SMK Kamil. Kemudian melalui laluan Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil, kebun getah dan beralhir di Padang Sekolah. Latihan  di waktu petang rakan waktu latihan masa itu Nordin Yakzan, Nizar dan ramai lagi.
     Ketua Rumah Kuning Dzulfazlah.
      Rumah Kuning muncul juara merentas desa. Saya dapat no 16 dapatlah beri mata pada Pasukan Rumah Kuning.

Sabtu, 21 Oktober 2017

SEJARAH PEMBUKAAN TINGKATAN 6 DI SMK KAMIL



Oleh-AHMAD BIN YAAKOB     
Kelas Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh, Kelantan mula dibuka pada tahun 1978. Ketika ini hanya tiga kelas Tinkatan 6 Rendah dibuka. Kelas tersebut ialah 6 Rendah 1 mempunyai 31 orang pelajar , 6 Rendah 2  29 orang pelajar dan 6 Rendah 3 yang mempunyai 28 orang pelajar. Jumlah pelajar perintis Tingkatan 6 ketika itu serama 99  orang. SMK Kamil merupakan sekolah pertama yang menawarkan pembelaran Tingkatan 6 di Pasir Puteh. Ini menunjukkan  kepercayaan Kementerian Pelajaran terhadap sekolah ini yang mampu memikul kepercayaan yang berat untuk memulakan pendidikan peringkat Tingkatan 6.[1]

      Pada tahun 1979 bilangan pelajar 6 Atas ialah seramai 97 orang. Manakala bilangan pelajar 6 Bawah pula seramai 62 orang.Pelajar  terbaik Tingkan 6R ketika itu ialah Mohd Adnan Haji Ngah Idris, Zulkefli Ibrahim dan Noor Azmaliza binti Md Noor.[2] Antara guru-guru yang mengajar ketika itu ialah Cik Nurhayati Hj Ngha Idris Guru Kanan Kertas Am, En Ramli Ahmad Guru Sejarah, En Aziz Salleh Guru Kanan Bahasa Melayu dan Sastera, en Muhammad Amin Che Awang guru Geografi, En Abdul Hamid Naina Mohamad dan En, Mohamed Hj Omar. Kita merupakan generasi keenam Tingkatan 6 di SMK Kamil.


[1]Suara Kamil Bil.17,1979,40
[2] Ibid,42